BUKU PELAWAT

BUKU PELAWAT
Terima kasih kerana sudi bertandang ke Blog Taman Seribu Puisi. Kehadiran anda kami hargai. Sebagai tanda sokongan, dijemput untuk mendaftar di sini sebagai tanda jejak kembara ilmu di Taman Seribu Puisi. (Klik GAMBAR BUKU untuk masuk)

Mood Kembali : Selamat Ulang Tahun Pertama Posting!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terima kasih ditujukan buat semua khususnya murid-murid dari seluruh Malaysia yang setia menjadikan laman blog ini sebagai medan rujukan untuk pembelajaran KOMSAS anda.

Masa begitu pantas berlalu. Ketika laman blog ini dibina kami berempat sedang berada dalam tahun ketiga pengajian di UPM. Kini, syukur atas rezeki yang Allah beri. 

Berjaya menghabiskan pengajian di UPM dengan jayanya. 
Berjaya lulus temuduga dan mendapat penempatan mengajar di sekolah masing-masing.

Cikgu Fazielah di Selangor.
Cikgu Hasna di Perak.
Cikgu Janah dan Cikgu Hazlina di Pulau Pinang. 

Dan kini...genap setahun kami dipostingkan.

Selamat ulang tahun pertama sebagai pendidik di Malaysia!

 Jauh lagi perjuangan dalam bidang pendidikan, doakan kami kekal bersemangat mendidik anak bangsa khususnya dalam aspek KOMSAS!


Gambar kenangan ketika Hari Konvokesyen di UPM.

Sesi outing bersama. Hanya bertiga. Missing Cikgu Hasna here!


Baiklah terjawab segala kesibukan sebab lama tidak kemaskini nota dan latihan di sini. Walau bagaimanapun, tahun inilah tahun terakhir menggunakan nota KOMSAS ini. Semoga bermanfaat.

kami akan berusaha untuk mengemaskini nota terkini KOMSAS tingkatan 1 dan tingkatan 2. Doakan moga dipermudahkan segala urusan. 

Terima kasih semua. Salam sayang berutus senyuman. 

MALAM CITRA WARNA TAUTAN KASIH 2013

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera adik-adik :)
Kembali bertemu di Blog Taman Seribu Puisi ini. 


Jom hayati puisi di bawah...

Citrawarna Kenangan (Nukilan Dr. Ghazali Lateh)

Tanpa sedar telah terlalu banyak
butir-butir kenangan yang terhimpun
dan kita karang dengan benang emas
bercantum dalam untaian mesra.

Tanpa sedar kita perlu melafazkan
salam perpisahan dalam senyum santun
melepaskan segala rajut kenangan
tersirat dalam citrawarna aneka
seindahnya.

Berhentilah sejenak untuk merenung
sebelum kauucapkan sekian kalinya
selamat tinggal bilik kuliah
selamat tinggal kolej kediaman
selamat tinggal padang permainan
selamat tinggal rakan taulan.

Ingatlah di sini suatu ketika
kita bina sebuah taman inderaloka
penuh gegar ketawa senyum canda
sesekali digugat hiba menangisi luka
dan kitapun menjadi dewasa
seadanya.

Barangkali selepas ini kita lebih mandiri
tanpa melepaskan ikatan haluan diri
selamat tinggal kafetaria
selamat tinggal panggung percubaan
selamat tinggal beban tugasan
selamat tinggal pengajaran mikro
selamat tinggal Bukit Ekspo
selamat tinggal resah dan risau
selamat tinggal kampus hijau.

Pasti membekas di laman nurani
setiap detik setiap lafaz begitu begini
intailah wajah-wajah yang sering hadir
tatkala perpisahan semakin hampir.

Runduklah dan hening diri seketika
mengingati masa lalu dan meramal hari muka
dalam palitan citrawarna aneka
sebelum melangkah ke ruang terbuka.

Kami di Bollywood Night. 
Agak-agak mana bollywoodnya?hehe

Barisan krew Blog Taman Seribu Puisi. 

Dulu masa buat blog ini tika di semester kelima. Sekarang tahun akhir sudah!
Semoga Blog Taman Seribu Puisi ini sentiasa bermanfaat untuk pembelajaran KOMSAS adik-adik. 

Salam sayang daripada kami,
**Cikgu Janah, Cikgu Hasna, Cikgu Ina dan Cikgu Zie**


Kami ingin memohon maaf kerana sejak akhir-akhir ini agak kurang memberikan perhatian kepada blog ini. Terima kasih kepada semua yang sudi tinggalkan jejak kalian. Sama ada di Buku Tetamu, Shoutbox, Komen ataupun yang mengutuskan emel kepada kami. Sokongan kalian amat kami hargai.

**Doakan kami berjaya menyiapkan Projek Ilmiah Tahun Akhir dengan jayanya. 
Satu langkah lagi sebelum kami keluar menjalani latihan praktikal. 

Sekolah manakah yang akan kami mengajar???
Nantikan....insya-Allah bertemu lagi di entri akan datang.

Selamat bercuti dan jangan lupa baca buku ya! :) 

CERPEN “KASUT KELOPAK JANTUNG” (Oleh: DR. GHAZALI LATEH)

ANALISIS KOMSAS CERPEN
“KASUT KELOPAK JANTUNG”
Oleh: DR. GHAZALI LATEH

Pada Hari Guru setiap tahun Cikgu Harun akan menerima hadiah daripada anak muridnya.

Cikgu Harun teringat akan peristiwa yang telah berlaku hampir tiga dekad yang lalu ketika beliau menjadi guru di sebuah kawasan pedalaman.

Ahmad merupakan seorang murid yang miskin dan tinggal bersama ibunya. Oleh itu, dia tidak mampu untuk membeli kasut untuk dipakai ke sekolah. Dia hanya berkaki ayam ke sekolah sejak selipar jepunnya putus.

Pada suatu hari, Ahmad tidak menukar pakaian sukan dan tetap berkaki ayam pada waktu Pendidikan Jasmani. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad dengan menyuruhnya memakai kelopak jantung pisang sebagai kasut.

Cikgu Harun melarang Ahmad membuka kelopak jantung pisang itu sehingga dia membeli kasut baru.

Ahmad berasa sedih dan malu dengan hukuman tersebut. Sejak dari itu, dia tidak datang ke sekolah. Perkara ini membimbangkan Cikgu Harun.

Cikgu Harun telah pergi ke rumah Ahmad dan beliau berasa sedih dan pilu melihat kedaifan hidup anak muridnya itu. Setelah seminggu, Ahmad masih memakai kasut kelopak jantungnya.

Cikgu Harun telah membelikan Ahmad sepasang kasut dan pakaian baru untuk ke sekolah.

Akhirnya Ahmad telah menjadi seorang pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka di bandar dan Cikgu Harun telah bersara menjadi seorang pendidik. 




Jom tonton filem pendek 
Cerpen 'Kasut Kelopak Jantung'
**Penghargaan buat Cikgu Hailmi**


                                                                           
Kesusahan hidup seorang murid miskin dan tanggungjawab guru terhadap muridnya.

1. Ketegasan guru di sekolah demi mendisiplinkan pelajar.
Buktiya, Cikgu Harun yang tegas menyebabkan Ahmad takut untuk merenung wajahnya tepat-tapat. Selain itu, Ahmad dimarahi Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakaian sukan.

2. Keprihatinan guru terhadap masalah murid.
Buktinya, Cikgu Harun yang prihatin akan kemiskinan keluarga Ahmad telah  membelikannya sepasang kasut dan sepasang uniform sekolah.

3. Keikhlasan murid membalas jasa guru.
Buktinya, walaupun Ahmad sudah besar dan berjawatan tinggi, namun dia tetapi mengingati jasa Cikgu Harun dengan menghadiahinya sepasang kasut pada setiap Hari Guru.

4. Kepentingan memakai kasut di sekolah. 
Buktinya, Cikgu Harun tegas memastikan pelajar memakai kasut supaya muridnya tidak mengalami kecederaan kaki.

5. Penghargaan murid terhadap jasa guru.
Buktinya, setiap Hari Guru, Cikgu Harun akan menerima hadiah berupa kasut berjenama mahal daripada anak muridnya yang mengingati jasa gurunya itu walaupun sudah 30 tahun berlalu.


Guru disiplin yang bersifat bengis tetapi bertimbang rasa.
Pernah mengajar di kawasan pedalaman tiga puluh tahun yang lalu.
Tegas – mendidik murid-murid agar berdisiplin dan patuh pada peraturan sekolah.
Insaf – berasa bersalah apabila Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
Baik hati – membelikan sepasang baju sekolah dan kasut sekolah untuk Ahmad.
Berusia 9 tahun dan murid darjah tiga.
Daripada keluarga miskin dan tinggal di sebuah pondok usang.
Gigih – berjalan di atas batu kerikil tanpa memakai alas kaki ke sekolah.
Lurus bendul – tidak menanggalkan kasut kelopak jantung sebelum memiliki kasut yang baharu.
Rajin – mengambil upah memetik cili di sebuah kebun sayur.
Patuh – kembali ke sekolah setelah memiliki baju seragam dan kasut sekolah yang  baru.
Mengenang jasa guru – mengirimkan sepasang kasut yang mahal kepada Cikgu Harun pada setiap tahun
Seorang wanita separuh umur yang sudah uzur
Tinggal bersama anaknya, Ahmad di sebuah pondok usang di hujung kampung. 
Walaupun miskin harta, ibu Ahmad amat menghormati tetamu kerana menjemput 
Cikgu Harun masuk ke rumah sementara menunggu Ahmad pulang ke rumah. 
Ibu Ahmad tidak bekerja lagi kerana sudah uzur. 
Oleh sebab itu, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili demi menampung 
perbelanjaan keluarga di samping membeli kasut sekolah.


1. Pada 16 Mei, Hari Guru, Cikgu Harun menerima sebungkus hadiah yang tidak 
dipos.

2. Cikgu Harus tahu benar pengirim hadiah itu dan bertanya kepada diri sendiri 

sama akan hadiah itu dihantar dengan ikhlas atau sindir atau kedua-duanya.





1. Cikgu Harun mengingati peristiwa yang telah berlaku 30 tahun yang lalu apabila 
menerima bungkusan hadiah daripada salah seorang anak muridnya.

2. Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak 

memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah.

3. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada 

kelopak jantung pisang.
4. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan 
banyak murid yang mengetawakannya.



1. Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu.
2. Kawan Ahmad menyampaikan khabar bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

3. Cikgu Harun tersentuh dan berasa menyesal atas tindakannya mendenda Ahmad.

4. Cikgu Harun mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Ahmad dan mendapati 

ibunya sudah uzur dan Ahmad bekerja sebagai pemetik cili untuk menampung 
kehidupan keluarga.





1. Cikgu Harun sudah bersara tetapi jasanya tetap dikenang oleh Ahmad.
2. Ahmad menghadiahi Cikgu Harun sepasang kasut berjenama pada setiap Hari 
Guru.
3. Cikgu Harun sedar bahawa hadiah itu diberikan oleh Ahmad dengan hati yang 
ikhlas sebagaimana ditulis dalam surat yang disertai bersama bungkusan kasut itu. 
Amad sudah berjaya menjawat jawatan tinggi.


1. Rumah Cikgu Harun di bandar
Bukti: Cikgu Harun menerima bungkusan kasut baharu di rumahnya.

2. Kawasan pedalaman

Bukti: Cikgu Harun pernah bekerja sebagai guru di kawasan pedalaman lebih tiga puluh tahun yang lalu.


3. Bilik darjah

Bukti: Cikgu Harun pernah menegur Ahmad kerana tidak berkasut ke sekolah. Selain itu, Cikgu Harun juga bertanya kepada pelajar-pelajarnya tentang sebab Ahmad tidak hadir ke sekolah.

4. Padang sekolah
Bukti: Di kawasan padang, murid-murid melakukan aktiviti sukan dan bersenam kecuali Ahmad. Di situlah juga Ahmad didenda memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang.

5. Rumah Ahmad

Bukti: Cikgu Harun pergi ke rumah Ahmad untuk menjenguknya dan mengenal pasti sebab dia tidak hadir ke sekolah.


6. Kebun sayur

Bukti: Ahmad bekerja sebagai pemetik cili di kebun sayur untuk menampung perbelanjaan keluarga.

7. Pekan

Bukti: Cikgu Harun pergi ke pekan untuk membeli sepasang kasut sekolah baharu dan sepasang uniform sekolah baharu kepada Ahmad supaya dia dapat ke sekolah semula.


1. Zaman moden
Bukti: Cikgu Harun sudah bersara dan tinggal di bandar pada zaman moden ini. Selain itu, Ahmad sudah menjadi pengurus besar di sebuah syarikat pengeluar kasut terkemuka.

2. 30 tahun yang lalu

Bukti: Cikgu Harun masih ingat bahawa dia pernah menegur Ahmad kerana tidak memakai kasut dan tidak membawa pakakian sukan ke sekolah. Cikgu Harun telah mendenda Ahmad memakai “kasut” yang diperbuat daripada kelopak jantung pisang. Ahmad berasa malu dan sedih. Dia terasa seperti disindir oleh Cikgu Harun dan banyak murid yang mengetawakannya.

3. Tempoh seminggu

Bukti: Selepas didenda oleh Cikgu Harun, Ahmad tidak hadir ke sekolah selama seminggu dan kawannya memberitahu Cikgu Harun bahawa Ahmad ingin berhenti sekolah.

4. Waktu pagi tiga minggu selepas sekolah dibuka

Bukti: Ahmad dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah dan tidak membawa pakaian sukan untuk aktiviti pendidikan jasmani di padang.

5. Suatu petang selepas seminggu Ahmad tidak hadir ke sekolah.

Bukti: Cikgu harun pergi ke rumah Ahmad untuk mengetahui sebab dia mahu berhenti sekolah.


6. 16 Mei

Bukti: Cikgu Harun mendapat hadiah berjenama mahal daripada muridnya setiap sambutan Hari Guru.

7. Selepas sekolah tamat / tengah hari

Bukti: Ahmad yang malu selepas didenda memakai kasut kelopak jantung telah lari ke rumah.

1. Masyarakat guru
Bukti: Cikgu Harun yang sudah bersara mengingati peritiwa yang berlaku lebih 30 tahun yang lalu.

2. Masyarakat pelajar

Bukti: Ahmad merupakan pelajar sekolah yang belajar dalam tahun tiga di kawasan pedalaman. Dia pernah dimarahi oleh Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut ke sekolah dan tidak membawa pakaian sukan.


3. Masyarakat miskin
Bukti: Ahmad dan ibunya tinggal di sebuah pondok kecil kerana hidup dalam kesederhaan. Lagipun, Ahmad terpaksa mengambil upah memetik cili dalam usia yang muda.

4. Masyarakat yang mengenang jasa guru

Bukti: Ahmad seorang murid yang amat mengenang jasa Cikgu Harun. Setiap kali sambutan Hari Guru, dia akan menghantar bungkusan berisi kasut berjenama mahal untuk dihadiahkan kepada Cikgu Harun. Hal ini membuktikan bahawa dia amat menghargai jasa gurunya walaupun sudah berjaya dalam kehidupan.


5. Masyarakat yang tabah menghadapi kemiskinan

Bukti: keluarga Ahmad tabah menghadapi kemiskinan hidup. Dia dan ibunya tinggal di sebuah pondok di hujung kampung.



a) Kerajinan 

Ø  Ahmad berusaha bersungguh-sungguh kerana tidak mahu mewarisi kemiskinan keluarga.
b) Berdikari
Ø  Ahmad bekerja memetik cili di kebun sayur kerana hendak membantu keluarga yang miskin.
c) Baik Hati
Ø  Cikgu Harun membeli sepasang baju seragan dan kasut sekolah untuk Ahmad supaya dia dapat belajar dengan selesa.
d) Semangat bermasyarakat
Ø  Cikgu Harun membantu Ahmad kerana mahu Ahmad berjaya dalam pelajaran dan keluar daripada belenggu kemiskinan.
e) Pemaaf
Ø  Ahmad menerima pemberian Cikgu Harun dan dia ke sekolah kerana tidak menyimpan perasaan dendam.
f) Mengenang Budi
Ø  Ahmad mengirimkan sepasang kasut kepada Cikgu Harun kerana hendak membalas budi baik Cikgu Harun terhadapnya tiga puluh tahun yang lalu.


a) Kita hendaklah berusaha dengan gigih supaya dapat mencapai kejayaan dalam hidup.
b) Kita hendaklah bersikap dermawan supaya dapat meringankan kesusahan orang lain.
c) Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang lain supaya hidup kita gembira.
d) Kita hendaklah membalas budi baik yang telah kita terima supaya hubungan silaturrahim berpanjangan.
 e) Guru-guru hendaklah berusaha mendidik murid-murid kerana mereka merupakan negara yang berharga.


Jom, uji minda dengan soalan latihan di bawah. Klik GAMBAR untuk maju ke sana. 

PENGHARGAAN BUAT  J





Disediakan oleh,
Bakal Guru Cemerlang Bahasa Melayu J

TINGKATAN 1

Sumber


YURAN

TEMPANG